Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Otai rock

 

Wings

 

Sejarah penubuhan Kumpulan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situlah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.
Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman. Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh komposer terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini. Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.
Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandal. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.


Ahli
Penyanyi Utama
Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 -
Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001

Pemain Gitar
Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
Joe (Abd Zamin Abd Kadir) 1988 -

Pemain Bass
Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -

Pemain Dram
Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
Jojet 1990 - 1993

Berikut diceritakan secara ringkas sejarah angota kumpulan Wings. Joe pernah manganggotai kumpulan Scandals sebelum memasuki Wings. Black keluar dari Wings setelah album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli kumpulan Gersang. Beliau kembali menjadi pemain dram Wings pada tahun 1994 setelah Jojet pula keluar dari Wings.
Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.
Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Sebenarnya telah lama kedengaran ura-ura yang Mus akan memasuki kumpulan Wings. Sebab itulah setelah Mel dan Wings nyata tidak serasi, Mus segera menerima tawaran dari Wings untuk bersama 3 lagi anggota Wings meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanahair. Sebanyak 6 buah album termasuk satu album komplimasi sudah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings dan vokal Mus makin serasi dengan muzik Wings. Album terakhir Mus bersama Wings adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, May dan tempatnya digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, Awie. Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album telah terhasil, Naga Kramat. Kini Kumpulan Wings masih lagi diterima peminat-peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-
Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
Joe (Abd Zamin Abd Kadir)
Black(Azmi Hashim)



Album
Belenggu Irama,
Hukum Karma,
Teori Domino,
Jerangkung Dalam Almari,
Best Of Wings
Double Trouble (bersama Kumpulan Search),
Bazooka Penaka,
Wings & Superfriends,
Wings Superfriends 2
Orang Asing,
Biru Mata Hitamku,
Mencari Asal-Usul,
Puisi Aidilfitri,
Masterpiece,
Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)
MR.BARBARIK,
Naga Kramat



Lagu-lagu
Belenggu Irama
Intanku Kesepian
Peronda Jaket Biru
Dari Tuhan
Inspirasi Taming Sari
Misteri Mimpi Syakila
Sejati
Diambang Wati
Blues Ular Sawa
Biru Mata Hitamku
Biru Mata Hitamku 2
Gegar Gunung Gemora
Satu Titik Yang Kosong
Enigma
Enigma (Akustik)
Makam Kekasih
Asmara
Raum
Kembali
Jika Kau Tahu
Nomad
Kata-Kata
Jalan-Jalan
Idaman
Sapu Tangan
Lena Di Ulit Intan
Ranjang Mawar
Rayuan Terakhir
Semalam Yang Hangat
Bernafas Dalam Lumpur
Rantai
Sejati
Romania
Potret Monalisa
Insaf
Midnight Blues
Bujang Senang
Di Persimpangan
Harapan
Perhentian
Alam Barzakh
Opera Hidup
Hutan Simpan
Misteri Mimpi Syakilla
Jerangkap Samar
Hikayat Penuh Ranjau
Sembunyi
Hukum Karma
Orang Kita
Taman Rashidah Utama
Fotostat
Anugerah
Keris Tak Ada Sarung
Inspirasi Syakilla
Singa Dan Harimau
203
Mayang Sulit
Handal
Julang Timur Tengah
Samar Nan Terang
Gua Henjut Je (Instrumental)
Teater Maha Mega
Sakit Bantal Empuk
Padamkan Lampu Tidurmu
Hati Sulam Lain
Delailah (Hidup Mati Damai Perang)
14000
Mencari Asal-Usul
Bukan Kerana Matahari
Krisis Di Pertengahan Hidup
Hidup Sederhana
Badan Belut Kepala Ular
Kau Bukan Brader
Aku Pun Tahu
Dalam Kehadiran Sofiah
Gemala Saktiku
Lipas Kudung



Anugerah
1. Tempat Kedua dan Ketiga Persembahan Terbaik - Juara Lagu 1989
Dua lagu dari album Hukum Karma iaitu Taman Rasyidah Utama dan Misteri Mimpi Syakilla telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Persembahan Wings pada malam ini cukup menarik walaupun baru pertama kali melayakkan diri ke peringkat akhir. Menerusi 2 lagu tersebut, mereka memenangi tempat ke-2 dan ke-3 dalam kategori persembahan terbaik.
2. Tempat Ketiga Lagu Terbaik, Juara Persembahan Terbaik - Juara Lagu 1990
Setelah album Hukum Karma berjaya menaikkan nama Wings di persada seni tanahair, 2 tahun berturut-turut mereka berjaya mara ke peringkat akhir Juara Lagu. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu Sejati dari album Teori Domino.
Seperti yang diramal, lagu ini memenangi anugerah persembahan terbaik dan tempat ke-3 dalam kategori lagu terbaik.
3. Anugerah Rakaman Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993
Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik ini, album Wings `Bazooka Penaka` menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah selain dari album `Double Trouble`. Walau bagaimanapun, hanya satu anugerah yang dimenangi oleh Wings iaitu Anugerah Rakaman Album Terbaik.
4. Anugerah Kulit Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik 1996
Pada kali ini, Wings memenangi Anugerah Kulit Album terbaik menerusi album Biru Mata Hitamku, album pertama yang menampilkan Mus sebagai vokalis. Rekabentuk album dihasilkan oleh Bombay. Ianya ternyata cukup menarik sejajar dengan tajuk album di mana logo Wings yang di tengahnya diletakkan sepasang mata yang mata hitamnya berwarna biru. Di tepinya terdapat satu pantulan cahaya dan latarbelakang kulit album ini ialah bentuk 3D logo Wings berwarna biru.