Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Otai rock

 

Search

Kumpulan Search merupakan kumpulan penyanyi rock dari Malaysia. Kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada :-
SEARCH ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-
Yazit (pemain drum)
Hillary (gitar)
Nasir (bass)
Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).


Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi.
Amy, seorang "piano tuner" telah diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.
Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudiannya telah meninggalkan kumpulan SEARCH dan tempat mereka telah digantikan oleh Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas Kumpulan Lefthanded.
Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan image artis berambut panjang dan pakaian yang menjolok mata telah menyebabkan pihak RTM bertindak mengam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul dikaca TV.
Kumpulan SEARCH telah menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini telah menjadi salah satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.
Man Kidal dan Yan kemudiannya telah meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan oleh Hillary dan Nasir. Search kemudiannya menghasilkan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.
Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary kemudiannya telah meninggalkan Search, digantikan oleh Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.
Perancangan yang rapi oleh pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-SEARCH menjadikan kumpulan SEARCH begitu popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Kumpulan SEARCH juga telah bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama WINGS) dalam album Double Trouble yang diterbitkan oleh M.Nasir.
Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan oleh Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded sekali lagi. Tempatnya digantikan oleh Nasir
Fauzi kemudiannya menyertai Search sebagai bass, dan tidak lama kemudian Amy telah menarik diri. Search kemudiannya bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "SEARCH & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search untuk menghasilkan album "SEARCH, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam)



Album
Album pertama "CINTA BUATAN MALAYSIA". - 1985
Album kedua "LANGIT DAN BUMI" - 1986
Album ketiga "Mentari Merah Diufuk Timur" - 1987
Album kompilasi "DI PINTU SEPI" -1988
"FENOMENA" - 1989
Album kompilasi "Berpaling"
"KARISMA" - 1990
"SEARCH SEPULUH TAHUN"
"Double Trouble" gabungan dengan kumpulan Wings.
"RAMPAGE" - 1992
"SEARCH TERBAIK"
"GEMA DI TIMUR JAUH" - 1995
SEARCH "Unplugged" - 1995
"SEARCH,ROCK N ROLL PIE" - 1997
"SEARCH ROCK N ROLL PIE, LIVE N LOUD"
"Double Trouble 2" gabungan dengan kumpulan Wings.
"SEARCH & AWIE - Bikin Wilayah" - 1988
"SEARCH, SELEPAS BANJIR"



Lagu-lagu
Balada Pemuzik Jalanan
Cinta buatan Malaysia
Cinta Pertama
Cinta Sepi
Isi atau kulit
Jiwa-Jiwa Luka
Kejora
Musafir
Nombor
Sirih Gambir.
Bisa
Kau Pergi
Langit Dan Bumi
Mencari Sebuah Nama
Meniti Titian Usang
Musnah
Pada Satu Kedudukan
Pasti
Rozana
Tumbuk Rusuk.
Pelesit Kota
Fantasia Bulan Madu
Gelora Cintaku
Gadisku
Bunga Pesona
Pembakar Perasaan
Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
Serigala Segalanya
Mat Rock
Mentari Merak Di Ufuk Timur.
Di Pintu Sepi
Kepala Angin
Gadis Ayu
Setelah Hujan.
Berpaling
Mungkinkah Tertawa
Kau Akan Tahu.
Bencana
Derap Komando
Fenomena
Gadis Misteri
Isabella
Ku Taklukkan Dunia
Menara Kesesatan
Pawana
Songsang
Purnama.
Dunia Milik Kita
Emanuelle
Manusia Reptilia
Melastik Ke Bintang
Melayar Bahtera
Memandu Nafsu
Orait Mama
Orang Timur
Paranoid
Sutera Atau Rayon
Teguh.
Cinta Kita
Manusia Oh Manusia
Malam
Mencari.
Analogi 0.1
Asli Dan Tulus
Berbagai Wajah
Bertopeng Cinta
Feel The Pain
Metropolitan
Neo Romantik
Nigina
Nirmala
Sederhana.
Gemuruh
Akhirnya
Nazar
Cakap Memang Murah
Seribu Satu Natijah
Ikutkan Saja.
Andai Ku Miliki Semalam
Bersalah Atau Tidak
Cintaku Hilang Bisanya
Hello Kawan
Honky Tong Kosong
Jeritan Rindu
Laila Namu Teratas
Menuju Puncak
No Way!!!
Pinball Superhero
Roket.
Panggung Khayalan
Mengundur Waktu
Rock’n’RollPie
Kereta Merah
Dairi Habil & Qabil
Seroja
Nantikan Gerimis
Mata Kucing
Satu Bangsa,Satu Arah
Melintasi Batas.