Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Mohawk

 

Kebanyakan punk menggunakan Mohawk untuk gig atau konsert, melepak dan berjalan berkumpulan untuk menunjukkan identity punk itu sendiri. Terdapat beberapa warna Mohawk seperti hijau, merah, biru, hitam dan beberapa warna lagi yang membawa maksud tersendiri seperti angry and aggressive, love and nature, oldschool dan lain-lain yang menunjukkan keperibadian seseorang.

Mohawk biasanya dilakukan dengan cara membotakkan bahagian tepi rambut dan meletakkan gel dan sesetengahnya menseterika untuk menambah keteguhan rambut. Mohawk pada awalnya digunakan untuk menunjukkan kemarahan terhadap kerajaan yang mengabaikan hak dan kebebasan remaja ataupun dengan kata lainnya anarki yang diamalkan kebanyakan punk. Ia dilakukan pada tahun sekitar 1975 dimana industri muzik begitu berkambang dengan genre muzik masing-masing. Pada asalnya Mohawk terjadi kerana perubahan fesyen dan muzik yang dicampuradukkan. Orang yang pertama menaikkan Mohawk ialah vocalist Sex Pistols, Sid Dicious. Beliau didorong oleh pengurusnya sendiri, Malcolm McLarren seorang yahudi untuk mengubah pemakaian dan fesyen bagi menarik lebih banyak peminat dan keuntungan. Pada masa itu juga, vocalist The Clash mula meipiskan bahagian tepi rambutnya dalam beberapa lagu seperti Rock the Casbah dan London Calling. Lagenda punk ini diikuti oleh kebanyakan punk di dunia samada punkrock, harcore punk, punk oi, punk nazi dan macam-macam lagi. Sebenarnya Mohawk digunakan untuk menunjukkan kegirangan seseorang melayan muzik. Tetapi punk pada masa ini lebih suka menggunakannya untuk tujuan peribadi tanpa melayan atau mengetahui sejarahnya sebelam menggunakannya. Walau bagaimanapun punk ketika ini lebih suka membiarkan rambut mereka seperti biasa. Ini kerana ketika ini pembangunan manusia lebih menjurus kepada penampilan diri yang baik. Tidak pada masa dahulu, kerajaan hanya menumpukan soal pembangunan negara dengan membiarkan tahap social remaja jatuh. Merujuk kepada sejarah Mohawk -ini berlaku apabila scene punk mula berkembang dan masyarakat belum mengenali muzik punk. Pada pertengahan 1970an, Sid Vicious mereka style rambut yang tercacak-cacak dalam satu konsert. Ini menaikkan populariti Sid dan Sex Pistols dimana ketika itu fesyen rambut tidak diambil berat oleh band di London. Ini diikuti oleh band The Clash dengan memotong rambut bahagian tepi kepala dan mecacakkannya. Ini disebabkan kedua-dua band tersebut bersaing mendapatkan nama di England. Walau bagaimanapun populariti The Clash menurun setelah frontmannya keluar. Single video shoot Combat Rock menunjukkan penggunaan Mohawk dari The Clash.