Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Otai rock

 

May

Selepas melihat kejayaan teman sekampung mereka iaitu Kumpulan SYJ meraih populariti daripada konsert dan 2 buah album BATTLE OF THE BANDS, 4 orang anak muda daripada kampung yang sama (Kampung Manjoi, Ipoh, Perak) iaitu Mustaffa, Sharip, Nasir dan Mohktar telah bersepakat untuk mengikut jejak langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras.
Apatah lagi keempat-empat dari mereka memang mahir bermain peralatan muzik seperti gitar, bass dan dram, malah mampu menciota lagu sendiri. Selain itu, mereka juga berpengalaman dalam membuat persembahan pentas terutama di majlis-majlis orang kahwin sekitar Ipoh.
Pada bulan Mei tahun 1986, Mustaffa, Sharip, Nasir dan Mohktar telah mendaftarkan diri untuk memasuki pertandingan JUARA-JUARA ROCK dengan mengguna nama MAY sebagai nama kumpulan. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu M bagi nama MUS (Mustaffa) & MAN (Sharip), A bagi ABU (Nasir) dan Y bagi YUS (Mohktar).
Didalam pertandingan tersebut, MAY telah mendendang beberapa lagu HEAVY METAL ciptaan sendiri ... keupayaan mereka bermain muzik secara live telah menarik hati para juri pertandingan walaupun mendapat saingan sengit dari lain-lain grup yang turut bertanding seperti Scandals, Burnmarks, Metalian dan D'Febians. Akhirnya MAY diumumkan menjadi johan pertandingan itu mengalahkan banyak kumpulan lain yang rata-ratanya dari Johor. Tidak cukup dengan kemenangan tempat pertama itu, ABU turut dinobatkan sebagai gitaris terbaik JUARA-JUARA ROCK.
Semangat anggota MAY makin berkobar-kobar untuk menjadi artis ternama apabila Ali Bakar iaitu orang kuat BOX-OFFICE yang menganjurkan pertandingan tersebut, menawarkan MAY untuk merakamkan album ala 'Battle Of The Bands' bertajuk JUARA-JUARA ROCK. Didalam album itu - MAY telah mendendangkan 6 buah lagu iaitu Pemuzik Muda, Derita Bangsa, Gadis Misteri,Kembalilah Semula, Bayangan Hidup dan Sketsa Sebuah Cinta. JUARA-JUARA ROCK turut jua menampilkan 4 grup ROCK lain iaitu Scandals, Burnmarks, Metalian dan D'Febians yang masing-masing juga merakamkan 6 lagu. Oleh kerana faktor ruang kaset yang tidak mencukupi, 30 lagu tersebut dipecahkan kepada 3 jilid iaitu JUARA-JUARA ROCK (JJR), JJR 2 dan JJR 3 dan dipasarkan pada 3 tarikh berasingan .. JJR pada awal 1987, JJR volume 2 pada pertengahan 1987 dan JJR volume 3 pada akhir 1987.
Berikutan jualan ketiga-tiga album tersebut yang begitu memberangsangkan...MAY kemudiannya telah ditawar untuk menjadi artis rakaman WARNADA (album JJR 1, JJR 2 dan JJR 3 juga diedarkan oleh WARNADA.)
MAY bersetuju dengan tawaran tersebut lantas menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan WARNADA. Maka serentak dengan pengedaran album JJR 2, MAY juga sibuk di King's Studio bagi menyiapkan album sulung mereka. 6 bulan selepas JJR 3 dipasarkan, album sulung MAY pun dipasarkan dengan tajuk DILEMA pada awal 1988.
Kumpulan ini mula sibuk memenuhi undangan persembahan pentas. Bagi memudahkan kerja mendapat show - MAY telah melantik seorang promoter bagi menguruskan hal pembayaran pertunjukan pentas. AZHAR yang juga rakan MAY dari Kampung Manjoi telah diberi kepercayaan memikul tugas tersebut. MAY lasak dari segi 'show' tetapi tidak segi jualan album. Seperti diketahui umum, pada tahun 1988 artis-artis ROCK yang mempunyai rambut panjang - di'ban' atau di'haram'kan dari muncul di kaca tv atau disiarkan lagu mereka dicorong radio milik kerajaan. MAY tidak terkecuali - MUS, MAN, ABU dan YUS sememangnya berambut panjang dan tidak mahu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak RTM. Lantaran kedegilan mereka itu, RTM telah menggam MAY.. Walaubagaimanapun, MAY masih dapat keluar TV melalui TV swasta iaitu TV3. Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema dan Tiada Lagi Engkau adalah 3 lagu yang dipertandingkan dalam carta MUZIK-MUZIK 1988.

Pada akhir 1988, MAY telah mula sibuk kembali di King's Studio bagi menyempurnakan proses rakaman album kedua mereka. Album yang bertajuk HAKIKAT dipasarkan pada awal 1989, dengan jualan yang menakjubkan sehingga MAY dianugerahkan Award Double Platenium. Hal ini kerana album HAKIKAT secara total dipenuhi oleh lagu-lagu sedap didengar. Meskipun banyak lagu KERAS dan BINGIT tetapi melodinya yang catchy memberi kelebihan. Lagu GRAFITI, DARI KACAMATA, HAKIKAT PERJUANGAN, IMPIAN dan PELAYARAN adalah lagu 'ganas' dalam albem tersebut. Kehadiran 3 lagu Slow dalam album itu juga menarik perhatian peminat. SENDIRI, CINTAMU MEKAR DIHATI dan CINTAKU SEWANGI KASIHMU adalah lagu berhantu tersebut. Suara Mus selaku vokalis MAY yang berubah menjadi halus juga merupakan salah satu faktor yang melariskan lagi album HAKIKAT. Jika dialbum DILEMA dahulu, vokal Mus serak dan 'husky', untuk album ini 'tone' suaranya makin lunak dan merdu. Begitu juga dari segi susunan muzik - alunan petikan 'gitar solo' dari ABU terserlah. Hentakan dram MAN terutama pada keras juga menambah rencah untuk album ini. Bass dari YUS juga makin ligat.
Pertengahan 1989, lagu SENDIRI dan DARI KACAMATA telah dicalonkan untuk menyertai carta Muzik-Muzik'89 di tv3, cuma lagu SENDIRI sahaja yang layak menyertai JUARA LAGU 89 oleh kerana saingan sengit daripada artis lain seperti SEARCH, WINGS, GERSANG, ILLUSI dan ramai lagi. Persembahan MAY di malam itu amat mengecewakan. Vokal Mus tidak halus seperti kaset. Lagu SENDIRI juga dicacatkan oleh petikan gitar solo - gitaris BURNMARKS iaitu JOE. Cara alunannya amat berbeza dengan cara ABU menggalunkan solo. Semasa Joe Burnmark membuat alunan solo, ABU pula bertindak sebagai gitar distortion. Cuma dibahagian akhir lagu tersebut, barulah ABU mengalunkan solo sehingga tamat. Tiada apa yang dapat dipertikai dengan permainan MAN dan YUS, kedua-duanya telah membuat persembahan bersungguh-sungguh. Selepas tamatnya JUARA LAGU 89, Mus kasi alasan bahawa dia kena selsema lalu menyebabkan vokalnya tak mantap sewaktu menyanyikan lagu SENDIRI!!
Tahun 1990 merupakan tahun akhir MAY bersama Warnada...oleh itu albem ketiga MAY dicepatkan pembuatan dan edarannya - album bertajuk RAHSIA ini turut berjaya seperti album HAKIKAT malah album ini sebelum dipasarkan mendapat pesanan 10, 0000 unit!!!!!! Album ini mempunyai pelbagai lagu HEAVY METAL yang menarik. Antaranya ialah RAHSIA KOTA, RACUN BERMADU, BATU API dan BLACK AREA. Albem MAY pasti tidak lengkap tanpa 3 buah lagu slowrock, kali ini menampilkan lagu GADIS BERTUDUNG PUTIH iaitu lagu ciptaan Nasha Kevin sebagai lagu hits utama. Lagu ini adalah lagu kesinambungan kepada lagu popular mereka mereka SKETSA SEBUAH CINTA. 1990 juga turut menampil band anak didik MAY iaitu HIDAYU muncul dengan sebuah album berjudul PERJANJIAN. Kumpulan rock ini adalah dibawah naungan MANN PRODUCTION iaitu kompeni kepada MANN iaitu drummer MAY. Tajol (kini vokalis FTG) adalah penyanyi HIDAYU.
1991 menyaksikan MAY tekad keluar dari syarikat rakaman Warnada dan beralih arah ke kompeni lain iaitu Antares Muzik. Melalui label Warna Rekod lahir lah album keempat mereka iaitu STRATEGI. Albem ini diterbitkan oleh allahyarham J S Kevin bersama MAY sendiri. Seperti yang sudah-sudah, albem STRATEGI juga menampilkan 3 lagu 'jiwang' yang syahdu iaitu ABADI, EMPAT SUDUT BERDIRI dan SENDIRI UNTUK KEMANA manakala lagu selebihnya adalah lagu keras seperti SINGA TARING PALSU,RAJA JIWA, TEMAN TAK BERNYAWA dan STRATEGI. Malah MAY membuat 1 perubahan apabila menyelit 1 lagu berirama thrash ALAM (Aku Lah Antara Mereka).
Pada peringkat awal, album STRATEGI dipromosi dengan baik... tetapi setelah 3 bulan dipasarkan, jualannya merundum. Ini kerana syarikat rakaman ANTARES MUZIK telah diistihar muflis. MAY juga terkena bahangnya ekoran kejadian itu yang mana vokalisnya, Mus ingin pulang semula ke pangkuan syarikat asal mereka WARNADA. Walaubagaimanapun pemuzik MAY enggan berbuat demikian. Pemuzik MAY telah serik dengan WARNADA. Hal ini telah membuat MUS, MANN, ABU dan YUS bertelagah. Apatah lagi MUS juga menyuarakan supaya muzik mereka diubahsuai dengan elemen 'funky' dan menghilangkan langsung identiti asas MAY - rentak HEAVY METAL.

Mus akhirnya keluar daripada MAY dan bertindak menubuh kumpulan baru STRANGERS bersama syarikat WARNADA, manakala MAY terkontang-kanteng tanpa penyanyi, Semangat pemuzik MAY tidak luntur. MANN, ABU dan YUS diperingkat awalnya ingin membawa ALI (XPDC) yang ketika itu penyanyi TERRA ROSSA sebagai vokalis baru, MAY, tetapi ALI menolak kerana beliau masih sayang dengan grupnya. Akhirnya pencarian MAY terhenti apabila YANTZEN iaitu bekas penyanyi kumpulan HEAVY METAL Singapura - RUSTY BLADE menawarkan diri sebagai vokalis baru MAY. MAY kemudiannya telah menerima lamaran sebuah syarikat rakaman tempatan untuk menaungi album baru mereka iautu SURIA REKOD. Setelah kontraks dimeterai dan proses rakaman di King's Studio selesai - maka album MAY ke 5 bersama vokalis baru Yantzen dipasarkan pada akhir 1992. Walaupun angka jualannya tidak setanding dengan jualan albem ketika MAY bersama Mus dahulu tetapi ia tetap laris. 3 lagu balada dalam albem ZIET GEIST itu telah berjaya mencuri halwa telinga pendengar. MENITI SURATAN - hasil ciptaan SAARI AMRI dan lirik oleh Juwie adalah lagu hits utama mereka. 2 lagu balada lain iaitu RESAH dan RENDA juga mampu meruntun perasaan. Malahan lagu RENDA ialah lagu pertama ciptaan M NASIR khas untuk MAY. RENDA pernah menjadi Juara LPMI di Radio Ipoh. Lagu keras MAY juga bertenaga dan untuk albem ini MAY membawa perubahan apabila 4 lagu HEAVY METAL mereka adalah dalam bahasa Inggeris!!!!!! Yantzen mampu bertutur bahasa inggeris dengan baik!! Lirik-lirik juga adalah hasil karya YANTZEN sendiri. OBSESSION, VISION OF EMOTION, CAN'T STOP MAY FROM ROCK N ROLL dan ATOMIC WAR merupakan lagu inggeris yang dimaksudkan.
Mac 1993, MAY kembali berkampung di Studio untuk menyiapkan 1 albem gabungan antara vokalis asal mereka MUS dan YANTZEN sambil muzik susunan baru oleh pemuzik MAY. Projek ini tergendala apabila MUS tidak dapat turut serta berikutan kontraknya masih dipegang oleh WARNADA sehingga 1996. Mus sepatutnya menyanyi semula beberapa lagu dari albem ZIET GEIST manakala YANTZEN merakam kembali lagu-lagu lama MAY & MUS. Walaubagaimanapun rakaman suara Yantzen dapat disiapkan cuma rakaman itu terperap di Studio.
May 1993 telah menyaksikan anggota MAY telah terjun ke dunia perfileman apabila menerima untuk berlakon dalam filem usahasama antara syarikat NIZARMAN dan GRAND BRILLIANCE. Filem bertajuk PENYU ini diarah oleh Z. LOKMAN manakala skrip oleh AZIZ M. OSMAN. Filem ini telah menjalani proses penggambaran di TERENGGANU dan FILIFINA. Ia mengisahkan kehidupan 4 anak muda (anggota MAY) yang mengusahakan sebuah chalet di Terengganu. Chalet berkenaan dimiliki oleh Chal (R Jaafar). Konflik timbul apabila Chalet itu menjadi rebutan sindiket pelacuran yang diketuai oleh Cappola (Jaafar Onn). Filem ini siap sepenuhnya pada November 1993. Sementara itu, pada akhir 1993 - Lagu MENITI SURATAN telah layak memasuki Muzik-Muzik- Separuh Akhir BALADA 1993 tetapi MAY tidak dapat membuat persembahan lalu menarik diri. Ini berikutan YANTZEN baru sahaja selesai pembedahan mata dan oleh sebab faktor itu, MAY tidak dapat menyertai acara itu. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang MAY untuk menyiapkan proses rakaman albem baru MAY yang dijadualkan serentak dengan tayangan perdana filem PENYU.

Febuari 1994, albem MAY terbaru berjudul WIRA CYBORG dipasarkan. Lagu SUCI adalah lagu hits utama bagi albem tersebut. Manakala 2 lagu 'killer' yang lain bolehlah dianggap sebagai 'filler'. Ini kerana kedua lagu berkenaan adalah ciptaan MAY.. berlainan dengan album terdahulu, ketiga-ketiga lagu slow adalah ciptaan komposer berlainan. Ini tidak bermakna pula lagu TIADA LAGI BERSERI dan HASRAT, CINTA DAN TUHAN itu tidak sedap, cuma ia tidak segah album ZIET GEIST. Walaubagaimanapun lirik bagi HASRAT, CINTA DAN TUHAN dihasilkan oleh ZUR'AIN iaitu seorang penulis lirik terkemuka tanahair. Apa yang menarik tentang lagu ini ialah di pertengahan lagu unsur heavy metal telah berjaya diserapkan. Bagaimana pula lagu keras dalam albem ini?? Menarik!!!! 2 lagu inggeris yang ada dalam albbem itu seperti dibawa oleh band 'mat salleh'!!! EXORCISM dan STEEL WARRIOR telah memperlihatkan kematangan skill anggota MAY : baik daripada segi vokal, mahupun alat muzik. Begitu juga lagu lain seperti WIRA CYBORG, RATU CINTA, HURU HARA, MADU BERACUN dan KAU INGAT KAU SIAPA walaupun lagu-lagu ini adalah dalam bahasa melayu.. elemen inggeris tetap ada.
Ogos 1994, kekecohan telah terjadi dalam MAY, apabila dalam satu pertunjukan pentas YUS telah bergaduh dengan YANTZEN sehingga kedua-duanya bertumbuk. Insiden itu terjadi kerana YUS tidak berpuas hati dengan pencapaian YANTZEN di setiap 'stage show'. Vokal YANTZEN selalu 'pancit' terutama ketika menyanyi lagu 'slow'. Ini menganggu kosentrasi YUS selaku pemuzik. Walaubagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh AZHAR iaitu promoter MAY. Selepas itu YUS dan YANTZEN berdamai semula. Tetapi kisah mereka terus digembar-gemburkan oleh pihak media. Timbullah kembali cerita MAY mencari vokalis baru dan ALI (XPDC) adalah calonnya!!!! Oktober 1994, YANTZEN telah melangsungkan perkahwinan dengan SHARIFAH HASLINDA dalam suasana kontroversi apabila YANTZEN mengupah 'bodyguard' untuk mengawal upacara pernikahan. November 1994, kontrak MAY dan SRC selama 2 tahun telah tamat. Maka pada akhir 1994, MAY telah menandatangani kontrak dengan syarikat BMG MUSIC selama lima tahun. MAY terpikat dengan BMG MUSIC kerana syarikat berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran. Malah YANTZEN diberi peluang membuat albem solo tanpa MAY.
Januari 1995, albem solo YANTZEN dipasarkan. Albem bertajuk IMPIAN itu menampilkan konsep berlainan dengan muzik MAY. Elemen reggae jelas terpancar dalam setiap lagu. Sementara YANTZEN sibuk mempromosikan albem solonya itu, anggota MAY yang lain pula sibuk di studio bagi menyiapkan albem baru mereka. April 1995, SRC - syarikat rakaman MAY sebelum ini, telah memasarkan albem 'baru' MAY bertajuk LAYAR. Lagu-lagu yang terkandung dalam LAYAR itu sebenarnya ialah lagu-lagu yang terperap dalam studio dahulu dan beberapa lagu yang tidak termuat dalam albem ZIET GEIST dan WIRA CYBORG. LAYAR dan MEMBANTAH KATA adalah 2 lagu tersebut. Manakala lagu lain adalah daripada albem GABUNGAN yang tidak dapat disiapkan. Apa yang menarik tentang albem ini ialah lagu SKETSA SEBUAH CINTA, KU DALAM DILEMA dan RACUN BERMADU dinyanyi semula oleh YANTZEN dengan gubahan dan lirik berlainan.
Mei 1995, albem baru MAY berjudul IDEOLOGI pula dikeluarkan oleh BMG Music. JANJI hasil ciptaan HAMID adalah lagu hits utama bagi albem ini. Buat julung kalinya albem ini menampilkan 4 lagu SLOW. Selain JANJI, IKHLAS, CINTA TERSIA dan TRAJIS IMPI juga lagu sasaran utama. CINTA TERSIA dan TRAJIS IMPI dicipta oleh SAARI AMRI manakala IKHLAS pula dicipta oleh SALMAN. Lagu Rancak juga menarik perhatian khalayak. Lagu HUKUMAN CINTA, MAT GONJENG, CUMA-CUMA, GENOCIDES dan LETS GET REAL

Sedang MAY giat mempromosi albem baru mereka itu, tiba-tiba 2 kejadian yang tidak diduga telah berlaku. Kejadian pertama ialah penarikan diri AZHAR sebagai promoter konsert MAY. Beliau mengundurkan diri kerana melalui pemehatiannya, MAY kini sudah tidak perlukan lagi khidmatnya. Kehadiran Yantzen dalam MAY telah membuat AZHAR berkecil hati. Tugasnya sebagai pengurus band, sering dipertikai oleh YANTZEN. Kejadian kedua pula ialah aoabila syarikat rakaman lama MAY iaiu SURIA REKOD (SRC) memfailkan saman kepada MAY. Tindakan saman itu ialah kerana albem IDEOLOGI mengguna pakai logo MAY yang sama dengan albem LAYAR. SRC mengaku bahawa logo berkenaan adalah hak mlik mereka tanpa pengeahuan MAY. Walaupun logo BURUNG HELANG itu sebenarnya dicipta oleh MAN api dari segi hak, ernyata SRC lebih berhak keatas logo tersebut. Untuk mengetepikan saman itu, MAY dan syarikat rakaman barunya - BMG sepakat menuka r logo yang dipamir diatas albem IDEOLOGI kepada r ekaan logo baru. Kali ini re kaan logo itu adalah dalam bentuk kubah berdasarkan kepada idea MAN. Kontroversi mengenai penggunaan llogo berkenaan tamat sesudah itu.