Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Kurt Cobain

 

 

Nama : Kurt Donald Cobain
Tarikh lahir:20 Februari 1967
Ibubapa : Wendy and Donald Cobain
Tempat Asal : Hoqiaim 140km dari Seattle, Washington
Pengaruh muzik : The Beatles, The monkees, Led Zeppelin, Black Sabbath, Kiss, Sex Pistols and The Clash.


Pada zaman kanak-kanak, Kurt seorang yang hyperactive, jadi doktor telah memberikan beliau sejenis ubat dipanggil Ritalin ubat yang berdasarkan morphine, agar beliau dapat menumpukan perhatian disekolah. Pada umurnya 7 tahun ibu bapanya telah bercerai. Kemudian dia tinggal bersama ibunya yang berkahwin lain.Kurt mula memegang Guitar pada umurnya 14 tahun. Lagu pertama yang dipelajarinya ialah "My best friend' dan "Communication Breakdown" oleh The Clash dan Led Zeppelin.
Pada tahun 1982 Kurt mendapati The Melvins merupakan band tempatan Seattle yang hebat. Kurt amat berbakat dalam seni. Guru seninya, Bob Hunter masih mengingati Kurt kerana bakatnya. Pada tahaun 1984 Kurt berkenalan dengan Krist Novoselic. Disekolah tiada seorang pun mempunyai minat seperti Kurt kecuali Krist. Oleh itu mereka merancang untuk menubuhkan band. Band pertama mereka ialah Ed,Ted and Fred, Krist bermain gitar dan Kurt bermain drum. Mereka melatih Steve untuk bermain bass. Mereka mula bermain Gigs di sekitar Aberdeen, sehingga Steve ditimpa pokok yang mengakibatkan kehilangan jarinya dan tidak dapat bermain lagi.
Kemudian Kurt dan Krist mula bermain dengan Matt Lukin (The Melvins). Kurt menamakan semula band mereka kepada "Stiff Woddies", "Skid Row" ,kemudian "Fecal Matter" sebelum "Nirvana" pada tahun 1986. Line-up mereka ialah Kurt, Krist Novoselic dan drummer Dave Grohl. Tahun 1988 Nirvana mula membuat show dan menjual demo tape mereka. Pada Tahun 1989 Nirvana merakam album pertama mereka "Bleach" dengan syarikat rakaman bebas di Seatlle iaitu Sub-Pop. Di Britain Nirvana mula mendapat perhatian pada 1991, kemudian kontrak mereka di beli oleh Geffen, sebuah syarikat rakaman yang berlabel besar, dan mereka merupakan band bukan mainstream yang pertama berbuat demikian.
Dua tahun setengah selepas CD pertama Nirvana, "Bleach" dikeluarkan, mereka mengeluarkan album kedua iaitu "Nevermind", album yang banyak kelainan dan segar. Banyak lagu yang menjerit bersama single pertama mereka seperti "Smell Like Teen Spirit" merupakan sinar kepada Nirvana. "Smell Like Teen Spirit" menjadi lagu yang hits dan dikenali ramai. Album "Nevermind" telah dijual sebanyak 10 juta unit dan membuatkan Nirvana menjadi jutawan segera. Cobain tidak menyangka Nirvana dapat menarik perhatian ramai.