Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Grunge

 

Dari sudut muzik, grunge merupakan sejenis muzik dengan sound yang kotor dan dark. Asalnya grunge mengambil sound daripada The Stooges dan Black Sabbath. Lebih tepat lagi grunge adalah campuran muzik punk dan heavy metal. Band-band grunge terawal banyak mengambil pengaruh daripada MC5, Neil Young, New York Dolls, Sex Pistols, The Ramones, The Germs dan heavy metal 70'an seperti Black Sabbath.

Kalau dikaji gitar works mereka banyak pengaruh heavy metal tapi nilai etika grunge sebenarnya bukanlah muzik metal tapi lebih kepada muzik dan attitude punk rock dan juga daripada hardcore Amerika awal 80an. Grunge sudah bermula pada era pertengahan 80an dengan band seperti Green River, Soundgarden, Mudhoney, The Melvins, The U-Men, Malfunkshun, dan Skin Yard. Mereka ni adalah batch pertama grunge sebelum munculnya batch kedua dengan band seperti Nirvana, Pearl Jam, dan Alice in Chains dan lain-lain lagi. Sound batch pertama lebih berat dan kotor berbanding sound batch kedua yang lebih bermelodi dan clean. Walaupun begitu, sebaik sahaja Nirvana naik mainstream, grunge tidak lagi terikat dengan muzik punk rock tapi sebaliknya menjadi salah satu trend muzik hard rock yang amat popular pada era 90an.
Dalam sejarah grunge, The U-Men merupakan 'godfather' kepada scene Seattle dan telah pun wujud sejak awal 80an lagi. Mereka telah mengeluarkan EP di bawah label indie, Homestead Records dan sering digelar sebagai 'the first true grunge band'. Satu lagi band yang penting ialah Green River dengan EP pertama mereka 'Come Over Down'. Untuk pengetahuan anda sebahagian besar anggota Green River adalah orang-orang besar scene selepas itu seperti Mark Arm yang popular selepas itu dengan Mudhoney, dan Stone Gossard serta Jeff Ament yang kemudiannya meletup dengan Pearl Jam.
Grunge memang amat sinonim dengan bandaraya. Ini kerana semua band dan key personnya berasal dari Seattle. Scene rock Seattle telah pun bermula sejak awal 60an lagi tetapi fenomena grunge yang berlaku di Seattle adalah lanjutan daripada era penghujung tahun 70an dan awal 80an. Pada 1984, Seattle amat ketandusan band-band yang bagus untuk membuat show dan menyebabkan banyak band luar yang datang bertandang membuat show di Seattle seperti Black Flag, Sonic Youth, Meat Puppets, Butthole Surfers dan sebagainya. Dan seperti biasa mereka ini sentiasa disambut meriah oleh crowd Seattle yang memang dah mengagakkan band yang bagus. Tetapi memang sudah menjadi lumrah penonton-penonton Seattle memang tidak boleh duduk diam kalau pergi ke konsert. Mereka selalunya mabuk dan mengambil dadah. Selalunya show-show di Seattle sering dirush polis memandangkan penontonnya yang agresif. Ini menyebabkan kebanyakan mereka mengadakan show secara underground dan aktiviti disampaikan dari mulut ke mulut sahaja.

Penghujung 1984, satu scene kecil sudah bermula dikalangan pelajar-pelajar University of Washington dimana mereka ini gemar melepak di bar-bar sekitar Seattle. Aktiviti ini telah mengukuhkan persahabatan mereka dan pada waktu itulah munculnya band-band batch pertama scene grunge Seattle. Pada bulan April 1986 muncul kompilasi grunge pertama dengan line-up band seperti The U-Men, Green River, Soundgarden, Malfunkshun, The Melvins dan Skin Yard. Ia dipanggil grunge disebabkan kesemua muziknya menampilkan sound distort kotor serta terdapat pengaruh punk rock dan juga muzik hard rock serta heavy metal 70an. Kemudian muncul pula band-band seperti Mudhoney, TAD, Screaming Trees, Mother Love Bone dan Nirvana yang seterusnya berjaya menjadikan scene Seattle dikenali serata dunia hingga kini.
Anda juga patut tahu siapa Bruce Pavitt dan Jonathan Poneman iaitu boss label Sub Pop yang telah bertanggungjawab mencetuskan fenomena muzik ini sama seperti yang dilakukan Malcolm Mclaren (pengurus Sex Pistols) dan Brian Epstein (pengurus The Beatles). Pada mulanya Bruce Pavitt telah menerbitkan sebuah fanzine iaitu 'Sub Pop' yang memuatkan artikel band-band indie rock Amerika. Dia kemudiannya menghasilkan kaset band-band yang ditulisnya. Kemudian pada tahun 1986 dia telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk menghasilkan album kompilasi 'Sub Pop 100' yang mengandungi band-band underground sekitar Amerika seperti Sonic Youth, Big Black, dan The Wipers. Beberapa bulan selepas itu Jonathan Poneman telah berjumpa dengannya dan mereka telah mengeluarkan beberapa EP (extended play) band-band Seattle dan kemudiannya mengeluarkan pula single mereka dalam 'Sub Pop 200'.
Single terbitan Sub Pop jarang sekali mencetak nama pemuziknya sebaliknya sering meletakkan kredit kepada Jack Endino (penerbit) dan Charles Peterson (photographer) bagi mengelakkan band tersebut menjadi mangsa birokrasi label besar yang mahukan mereka merakam album. Pavitt dan Poneman sebenarnya mempunyai semangat patriotik yang tersendiri terhadap negeri kelahiran mereka, Seattle. Jika England dan Eropah terkenal dengan pasukan bolasepaknya, mereka mahukan Seattle dikenali dengan muzik dan stailnya. Mereka berjaya menjadikan stail berpakaian grunge seperti jeans lusuh dan koyak, baju berbulu, dan rambut panjang serabai sebagai satu fesyen ikutan ramai. Stail tersebut melambangkan scene Seattle. Usaha mastermind Seattle Bruce Pavitt dan Jonathan ini patut diberi pujian. Masalahnya ada ke orang macam mereka ni dalam industri muzik negara kita???