Make your own free website on Tripod.com

Ahad Julai 16, 2006

 

 

 

 

malayneo:

Rumah

Artikel

Muaturun

Otai rock

Underground

scene

 

 

Otai rock

 

Bloodshed

 

Kumpulan Bloodshed adalah sebuah kumpulan penyanyi rock yang diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia.
Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. Album yang kedua diterbitkan pada tahun 1988 dengan judul "Samarkand" dengan lagu suka ramainya "Srikandi Cintaku".
Setelah penerbitan album tersebut, Rasdan, iaitu penyanyi Bloodshed, berundur dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti sehinggalah pada tahun 1990, mereka menukar namanya kepada Kumpulan Blackshed. Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album pertama dan terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rasdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggengam Bara".
Bagaimanapun selepas penerbitan album tersebut, anggota Kumpulan Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik.


Ahli
Rasdan (Vokalis) - semasa ditubuhkan
Hamdan (Gitaris) semasa album pertama (Ilusi sebuah mimpi) pada 1987
Opie - menggantikan Hamdan


Lagu-lagu
Nostalgia Rindu
Hidup Pemuzik
Manusia dan Janji
Debu Khayalan